Assalamualaikum..hampir 2 tahun umma tidak update blog ni..alhamdulillah..sarah sekarang masuk 2 tahun 4 bln..syukur ya Allah..moga sarah membesar dengan sihat..solehah dan sihat walafiat...alhamdulillah juga umma nak bagitahu, sarah peminat makanan sunnah terutamanya Kurma dan Kismis sejak dalam perut lagi..
Jadi, umma ambil peluang ni, jual kismis.. #kismiscpintarsarah..
Dua jenis kismis:
1. Kismis Black Jumbo
2. Kismis Sultana
Kepada anda semua yang berminat nak beli kismis ni boleh hubungi Umma Sarah di talian 0168412315...
Terima kasih..wassalam..
LITTLE SARAH #cpintarsarah
Berkongsi cerita mengenai anugerah Illahi yang terindah bagi setiap pasangan yang inginkan zuriat, inshaAllah boleh menjadi saham di alam kubur dan akhirat kelak.Aamiin..
Monday, 21 August 2017
Monday, 16 November 2015
Assalamualaikum..Selamat pagi.. :-)
Assalamualaikum dan selamat pagi sahabat umi sekalian..
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan umi2 semua
sepanjang hari ini..
aamiin..
Sunday, 15 November 2015
Jom Senyum..Sedekah Paling Mudah…
Assalamualaikum
W.B.T.
![]() |
| <3 Umi suka tengok Sarah senyum, dapat hilangkan kepenatan Umi <3 |
Senyum…nampak
manis wajah kita..orang lain yang tengok pun senang hati kan..itulah kehebatan
senyuman..nak sedekah..just senyuman jer..x perlu nak keluar apa2 pun...hehe..
Seorang
sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya, “Jika kami
ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami
sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya ?”
Rasulullah
SAW bersabda, “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan
nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian
menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan
Abu Dzar).
Dalam
hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,“Tersenyum ketika bertemu
saudaramu adalah ibadah.” (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).
Salah
seorang sahabat, Abdullah bin Harits, pernah menyatakan tentang Rasulullah
SAW,“Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada
Rasulullah SAW.” (HR Tirmidzi).
Meskipun
ringan, senyum merupakan amal kebaikan yang tidak boleh diremehkan. Rasulullah
SAW bersabda, “Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apa pun, sekalipun
itu hanya bermuka manis saat berjumpa saudaramu.” (HR Muslim).
Mungkin
kita sering berfikir bahawa sedekah itu berkaitan erat dengan harta benda
seperti pemberian wang, pakaian, atau apa pun yang langsung boleh dinikmati
penerima dalam bentuk barangan.
Hal itu
juga mungkin yang ada dalam fikiran para sahabat Rasulullah SAW, sehingga
mereka sangat gelisah kemudian mempertanyakannya. Kerana itu, tidak semestinya
seorang Muslim membiarkan satu hari pun berlalu tanpa dirinya terlibat dalam
kegiatan bersedekah. Jika kita punya wawasan sempit mengenai pengertian bersedekah,
tentulah hal itu menjadi mustahil.
Di antara
keistimewaan sedekah adalah menolak bala (musibah). Dari Sayyid Ali Ar-Ridha,
dari Sayyid Ja’far Ash-Shadiq, dari Sayyid Ali Zainal Abidin, dari Ali bin Abi
Thalib Radiyallahu Anhum, bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Sedekah itu dapat
menghindarkan diri dari kematian yang tidak baik, menjaga diri dari tujuh puluh
macam bencana.”
Wallahu
alam.
sumber:
Republika
Jom
senyum. Niatkan ikhlas hanya kerana Allah..ok!!!
Doa Agar Anak Menjadi Soleh dan Solehah
Assalamualaikum WBT
Usai solat fardu, pastinya kita tidak melepaskan peluang untuk berdoa kepada Allah. Hal ini kerana, doa adalah senjata bagi setiap mukmin. Post kali ini, saya ingin kongsikan beberapa doa buat zuriat kita.
Sudah tentu sebagai orang tua, kita mendambakan anak-anak yang soleh dan solehah. Hanya dengan anak yang soleh / solehah ini akan
mendoakan kedua orang tuanya sama ada ketika masih hidup mahupun apabila sudah tiada.
Oleh itu, sebagai pemegang amanah Illahi ini, kita hendaklah selalu mengucapkan hal-hal yang baik kepada anak-anak kita, kerana ucapan tersebut juga adalah doa, dan doa orang tua adalah doa yang mustajab.
Doa tidak kira waktu. Sebaiknya berdoalah sepanjang tempoh kehamilan agar anak yang lahir kelak menjadi bekal untuk kita di akhirat kelak.
Berikut adalah lafaz doa yang dapat menjadi amalan kita semua.
Banyak lagi doa yang boleh kita diamalkan. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita. InshaAllah. Wassalam.
16.11.2015
10.40am (Isnin)
Subscribe to:
Posts (Atom)






